Masihkah anda ingat Ubisoft pernah mengumumkan pada tahun 2015 akan membuka taman tema mereka di Kuala Lumpur menjelang 2020 dengan kerjasama R-Segari Group. Kita sudahpun di tahun 2021 dan taman tema mengandungi Ezio, Altair, Sam Fisher dan Rayman tidak pernah dibuka. Ini mungkin kerana R-Segari Group yang juga turut menguruskan Taman Tema MAPS (Movie Animation Park Studios) yang mengalami kerugian sehingga ditutup di Perak.

Impian peminat permainan video Ubisoft di Malaysia untuk melihatkan di Kuala Lumpur mungkin sudah berkubur seperti Desmond Miles tetapi Ubisost masih mempunyai impian membuka taman tema mereka di lokasi lain pula dalam masa terdekat.

Menurut laporan Theme Park Insider, Ubisoft kini bekerjasama dengan Storyland Studios suntuk menghasilkan konsep taman tema mereka. Storyland Studios ialah firma yang mereka pelbagai taman tema yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Tiada maklumat mengenai lokasi taman tema ini tetapi Ubisoft berkata konsep tertutup seperti yang diumumkan untuk taman tema Kuala Lumpur akan dikekalkan bagi membolehkan i dibina di pelbagai lokasi di seluruh dunia.

Storyland Studios akan memperlihatkan konsep taman teman Ubisoft ini di acara IAAPA Expo yang berlangsung di Orlando pada November hadapan.

Sohor Kini