Filem The King’s Man adalah prekuel kepada francais filem The Kingsman. Ia adalah asal-usul organisasi perisikan yang akan menentang pelbagai musuh terkenal dalam sejarah. Filem ini akan memperlihatkan bagaimana The King’s Man beroperasi dan menentang musuh-musuh zalim ini.

Terkini, 20th Century Studio telah menerbit treler baharu edisi Red Band yang gila ganas memperlihatkan pelbagai aksi menarik daripada tembak menembak, lawan pedang dan juga ada adegan memancung kepala.

Filem ini juga antara filem yang menerima nasib sama dengan filem lain, iaitu banyak kali ditunda kerana Covid-19. Tetapi tarikh tayangan bagi filem buat masa ini telah ditetapkan untuk ditayangkan pada bulan Disember ini.

Filem ini akan menampilkan pelbagai pelakon seperti Ralph Fiennes, Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Tom Hollander, Harris Dickinson, Daniel Brühl, Djimon Hounsou, dan juga Charles Dance. Ia diarahkan oleh Matthew Vaughn dan diterbit oleh beliau bersama-sama dengan David Reid dan Adam Bohling.

Bagi yang tidak tahu, filem ini adalah adaptasi daripada komik oleh Mark Millar dan Dave Gibson berjudul The Secret Service.

Sama-sama kita nantikan kehadiran filem ini di pawagam 22 Disember ini (jika sudah beroperasi di Malaysia).

Sohor Kini