Pada tahun 1915, lahirnya seorang adiwira sebenar di Malaysia – Adnan Bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan. Beliau adalah askar bagi Tanah Melayu dari Birdged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Beliau juga adalah wira kerana, Pertempuran Bukit Candu. Mengenang jasa beliau, tahun 2000 Aziz M. Osman mengarah satu filem perang berjudul “Leftenan Adnan” yang dihasilkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd, Paradigmfilm Sdn Bhd, dan Tentera Malaysia.

Filem ini adalah antara filem yang terbaik Malaysia dengan jalan cerita yang menarik. Mengembara dalam kisah Leftenan Adnan bagaimana beliau bertempur di era Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dilakonkan oleh Hairie Othman, bersama-sama dengan beliau adalah Umie Aida, Farid Amirul, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby,Wahid Senario dan Rambo Chin. Filem ini akan kembali pada tahun ini dalam versi restorasi ke resolusi tinggi dan suntingan pengarah.

Walau bagaimanapun, masih tiada sebarang informasi bilakah tarikh tayangan – atau adakah akan tiba ke pawagam atau siaran di platform penstriman. Facebook Page “Leftenan Adnan – Director’s Cut” hanya memperlihatkan video acah beza versi 2000 dan versi 4K/2K yang telah dibaik pulih. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini