Pada tahun lepas, Game Science, sebuah syarikat pembangun permainan indie memperlihatkan video treler untuk projek terbaru mereka, Black Myth: Wukong iaitu sebuah permainan ala Sekiro dan Nioh yang menggunakan watak mitos China popular, Sun Wukong.

11 bulan selepas video treler pertama diperlihatkan, Game Science memperlihatkan sebuah lagi video acah Black Myth Wukong, yang kini memperlihatkan watak tersebut bertarung dengan lebih banyak lagi bos-bos yang juga berdasarkan watak-watak mitos China yang lain.

Selain daripada memperlihatkan corak permainan dan pertarungan yang berbeza, video treler kali ini juga sekali lagi memperlihatkan kemampuan enjin grafik Unreal Engine 5 yang membolehkan pemain untuk bukan sahaja berinteraksi dengan elemen persekitaran, tetapi juga sedikit sebanyak mengubah cara pemain mendekati cara melawan bos-bos ini.

Treler ini juga sedikit sebanyak memperlihatkan jalan cerita permainan ini, dan walaupun ia mempunyai watak Sun Wukong, ia bukanlah mengikuti jalan cerita Journey To The West yang diketahui umum. Setakat ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah permainan Black Myth: Wukong ini akan dilancarkan.

Sohor Kini