Fast & Furious 9 (F9) adalah sekuel francais filem Fast & Furious. Ia akan ditayangkan pada 28 Mei 2021, selepas ditunda akibat Covid-19. Kali terakhir filem ini berada di pawagam adalah dengan Fast 8, yang mana ditayangkan pada tahun 2017 dan filem sampingan Hobss & Shaw pada tahun 2019. Pernah kedengaran sebelum ini yang francais filem ini akan berakhir dengan Fast 10.
Tetapi berita terkini adalah berbeza, kerana laporan menyatakan filem ini hanya akan tamat dengan filem kesebelas Fast 11. Dua filem terakhir ini akan diarahkan oleh Justin Lin, yang mana sekarang sedang sibuk dengan Fast 9. Justin Lin adalah antara pengarah untuk francais filem ini, bermula dari Fast & Furious: Tokyo Drift, Fast & Furious 2009, Fast Five dan Fast & Furious 6. Akhirnya selepas 20 tahun, filem ini akan tamat.
Buat masa ini masih tiada garis masa bilakah filem ini akan memulakan penggambaran dan adakah ia akan bertambah mengarut atau terus menjadi filem adiwira seakan Hobbs & Shaw. Bercakap mengenai Hobbs & Shaw, adalah Dwayne “The Rock” Johnson dan Jaosn Statham akan kembali untuk filem akhir? Apa-apa pun, kita perlu nantikan filem Fast 9 terlebih dahulu. Sama-sama kita nantikan.