Seperti kami laporkan sebelum ini, Call of Duty Vanguard dijangka akan dilancarkan pada bulan November tahun ini, dan ia memfokuskan kepada Perang Dunia Ke-2. Ia juga dikatakan akan terus menyertakan kempen penceritaan.
Activision akan mengumumkan Call of Duty: Vanguard secara rasmi melalui Call of Duty: Warzone pada 19 haribulan Ogos ini sewaktu acara Battle of Verdansk.
Activision baru-baru ini memperlihatkan video acah terbaru untuk Call of Duty: Vanguard, yang kami jangka adalah merupakan video acah terakhir sebelum acara pelancaran didalam Call of Duty: Warzone dalam masa dua hari sahaja lagi.
Call of Duty: Vanguard dibangunkan oleh Sledgehammer Games, syarikat pembangun permainan disebalik permainan Call of Duty: WWII sebelum ini.