Video Game Chronicle telah melaporkan yang Activision tidak akan memperlihatkan permainan baharu Call of Duty semasa acara E3 ataupun Summer Game Festival sepanjang minggu ini dan minggu depan. Sebalinya, mereka akan mengumumkannya melalui acara di dalam Call of Duty: Warzone.

Laporan tersebut juga mengatakan yang, permainan Call of Duty baharu akan menggunakan judul Call of Duty: Vanguard yang sedang dibangunkan oleh Sledgehammer. Ia akan dilancarkan pada bulan November ini untuk semua platform.

Dari segi tema, ia akan memfokuskan kepada Perang Dunia Ke-2 dan akan menyertakan kempen, sesuatu yang tidak menjadi fokuks untuk Battlefield 2042 oleh EA, mod multi-pemain termasuk juga mod zombi.

Call of Duty: Vanguard juga dikatakan akan mempunyai integrasi dengan lebih baik dengan permainan percuma mereka iaitu Warzone. Di mana ia dikatakan akan peta baharu yang berkait dengan Vanguard dan juga membawa Warzone kepada tema Perang Dunia Ke-2.

Peta ini dikatakan akan dilancarkan bersama dengan pelancaran Call of Duty: Vanguard walaupun Warzon baru sahaja mendapat peta baharu pada April lepas.

Sohor Kini