Netflix sebelum ini telah mengumumkan beberapa pelakon utama untuk siri The Witcher: Blood Origin iaitu Jodie Turner-Smith sebagai Eile, Michelle Yeoh sebagai Scian dan Laurence O’Fuarain sebagai Fjall.

Melalui bebenang di Twitter, Netflix juga telah berkongsi pelakon-pelakon lain yang akan terlibat dengan siri ini. Berikut adalah nama-nama yang diumumkan;

  • Mirren Mack sebagai Merwyn
  • Lenny Henry sebagai Balor
  • Jacob Collins Levy sebagai Eredin
  • Lizzie Annis sebagai Zacare
  • Huw Novelli sebagai Brother Death
  • Francesca Mills sebagai Meldof
  • Amy Murray sebagai Fenrik
  • Nathaniel Curtis sebagai Brian
  • Zach Wyatt sebagai Syndril
  • Dylan Moran sebagai Uthrok One-Nut

Diumumkan sebelum ini, siri ini akan diselia oleh Declan de Barra dengan Sarah O’Gorman dan Vicky Jewson sebagai pengarah. Declan de Barra, Lauren Schmidt dan Matt O’Toole adalah penerbit eksekutif. Andrzej Sapkowsi iaitu penulis asal untuk The Witcher akan menjadi penasihat kreatif.

Seperti filem animasi The Witcher: Nightmare of the Wolf, siri ini juga akan berlaku sebelum Geralt, bahkan ia lebih awal iaitu 1200 tahun sebelum Geralt dan memfokuskan bagaimana Witcher pertama dihasilkan dan juga berlakunya Conjunction of the Spheres yang menjadi permulaan kepada kehidupan.

Buat masa ini The Witcher: Blood Origin masih tidak mempunyai sebarang tarikh siaran, produksi untuknya juga masih tidak bermula.

Sohor Kini