Tahun lepas Netflix mengumumkan The Witcher: Blood Origin, iaitu siri TV aksi nyata yang berlaku dalam dunia Witcherverse – iaitu dunia francais The Witcher mereka. Ia bukanlah sekuel, tetapi siri sampingan yang berlaku 1200 tahun sebelum zaman Geralt of Rivia.

Tahun lepas Netflix sudah mengumumkan pelakon pertama untuk siri tersebut, iaitu Jodie Turner-Smith yang akan memegang watak Éile – seorang pahlawan dengan “suara yang merdu”. Terkini, Netflix mengumumkan penglibatan Michelle Yeoh pula dalam siri TV sampingan ini. Michelle Yeoh akan menyertai dunia Witcherverse sebagai Scían, iaitu spesis bunian terkahir yang handal dengan pedang sebahagian daripada kumpulan yang suka mengembara.

Scían akan mencari pedang beliau yang dirampas pada suatu masa dahulu dan akan memperlihatkan aksi pedang hebat sepanjang siri ini. The Witcher: Blodd Origin mempunyai enam episod, mengisahkan penhubung antara semua sfera dalam dunia raksasa, bunian dan sihir – di mana prototaip atau The Witcher pertama dihasilkan.

Sohor Kini