Pada tahun lepas, Netflix telah mengumumkan yang selepas sambutan yang baik untuk siri The Witcher, mereka akan hadir dengan satu siri sampingan iaitu The Witcher: Blood Origin yang berlaku 1200 tahun sebelum Geralt.
Minggu ini, Netflix telah mengumumkan pelakon pertama untuk siri tersebut iaitu Jodie Turner-Smith yang akan memegang watak Éile iaitu pahlawan dengan “suara yang merdu”. Siri ini dikatakan adalah mengenai bagaimana Witcher pertama hadir dan juga bermulanya “Conjunction of the Spheres”.
Siri ini akan mempunyai 6 episod dan ia akan dihasilkan oleh Declan de Barra yang menulis untuk satu episod bagi The Witcher musim pertama bersama dengan Lauren Schmidt Hissrich iaitu penulis utama untuk musim pertama.
Buat masa ini, masih tiada tarikh siaran diumumkan dan tidak pasti jika ia akan tiba sebelum ataupun selepas The Witcher musim kedua. Netflix sebelum ini turut mengumumkan filem animasi The Witcher: Nightmare of the Wolf.