Call Of Duty: Warzone Versi Permua Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

Call Of Duty Mobile, atau CODM adalah permua Call Of Duty. Ia adalah permua jenis pertempuran royal yang agak popular. Tidak dinafikan yang CODM ini cuba bersaing dengan permua pertempuran royal lain seperti PUBGM atau Fortnite. Terkini, Activision mungkin akan kembangkan lagi permua mereka dengan siri lain.

Activision baru-baru ini dilaporkan sedang mencari pekerja sebagai Penerbit Eksekutif untuk WZM, yang mana dikatakan adalah Warzone Mobile (mungkin). COD Warzone tidak dinafikan juga adalah permainan video popular bagi pemain di PC dan konsol. Sejak dilancarkan, ia sudah mempunyai 75 juta pemain. Tambahan lagi, menurut butiran yang dikongsi Activision (kini sudah dipadam) permua COD Warzone ini adalah permua AAA dengan pengalaman permainan pandang pertama.

Populariti CODM juga hebat sehinggakan peta dari Modern Warfare dan Black Ops diperkenalkan. Mungkin dengan COD WZN ini, ia akan memberi peluang berlainan bagi pemain – CODM untuk pertempuran royal dan WZN untuk pandang pertama. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini