Apabila Covid-19 mula berleluasa, banyak perniagaan terpaksa dihentikan bagi mengurangkan penyebaran virus ini. Ini termasuklah operasi pawagam yang terpaksa berhenti. Secara tidak langsung, banyak studio mula menawarkan filem-filem baharu melalui platform penstriman.

Di HBO Max ia ditawarkan percuma kepada pelanggan, Disney+ pula perlu membayar akses Premiere Access, Paramount+ menawarkan versi digital selepas beberapa minggu tayangan dan banyak lagi. Tetapi, perkara ini tidak digemari oleh ramai pencipta filem kerana boleh mengalami kerugian, karya tidak dapat disampaikan dengan kaedah yang diinginkan dan banyak lagi. Terkini, Scarlett Johansson telah menyaman Disney kerana filem Black Widow.

Beliau mengalami kerugian sekitar $50 juta dari kutipan tiket pawagam menerusi perjanjian yang ditandatangani dengan Marvel. Walaupun filem ini menerima sambutan baik dengan mengumpul lebih RM250 Juta pada minggu pertama hanya melalui Disney+ – Disney kecewa dengan pelakon ini kerana tidak memikirkan situasi semasa.

Scarlett juga telah menerima $20 juta daripada kutipan ini. Tidak pasti kenapa beliau bersifat begini, mungkin sebab watak beliau sudah mati dan mungkin tiada lagi projek akan datang – Scarlett berani untuk ‘serang’ studio.
[info] Baca: Kita Perlukan Lebih Banyak Prekuel Seakan Black Widow Untuk Menjaga Legasi Watak Dan Menutup Plot Hole [/info]


