Apple Arcade telah mengumumkan yang Detonation Racing iaitu permainan lumba kereta dengan pelbagai letupan di litar akan dilancarkan untuk Apple Arcade esok. Ia adalah permainan yang dibangunkan oleh Electric Square yang sebelum ini membangunkan permainan seperti Forza Street dan Hot Wheels.

Detonation Racing boleh dimainkan secara solo ataupun multi-pemain secara dalam talian dan juga setempat. Pemain juga boleh melakukan pelbagai perubahan rekaan dan juga hiasan kepada kereta untuk menjadikan ia lebih unik berbanding pemain lain.

Selain itu, Apple Arcade juga telah mengumumkan sebahagian daripada pilihan permainan App Store Greats, mereka akan membawa permainan popular Asphalt 8: Airborne oleh Gameloft, di mana segala pembelian di dalam aplikasi untuknya akan dibuang. Buat masa ini masih tiada tarikh untuknya.

Pelanggan Apple Arcade juga akan mendapat permainan Baldo oleh NAPS pada 27 Ogos ini, ia adalah permainan aksi pengembaraan RPG yang menyertakan pelbagai tekaria dan kawasan untuk diteroka.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini