Dalam komik DC di dunia Earth-2, wujudnya seorang variasi Superman berkulit gelap yang turut berasal dari Kyrpton. Nama beliau adalah Val-Zod dan merupakan antara spesis Kryopton terakhir sama seperti Kara dan Kal-El. Disebabkan kapsul beliau dipadatkan dengan pelbagai informasi untuk mendidik beliau semasa dalam perjalanan ke bumi – Val menjadi seorang yang mencintakan aman damai dan tidak percaya akan kekejaman serta perang.

Bulan Mac lalu, kedengaran yang Warner Bros. yang mereka akan hadir dengan projek Superman baharu. Studio J.J. Abrams Bad Robots dikatakan akan bertanggungjawab untuk produksi projek ini. Terkini melalui Collider, projek ini disahkan dan ia mungkin akan hadir dalam bentuk siri TV atau filem.

Ta-Nehisi Coates selaku penulis skrip menyatakan, Superman ini akan diadaptasi berasaskan watak Val-Zod. Mereka batalkan niat untuk olah semula watak Clark Kent sebagai Superman berkulit gelap untuk menghormati kewujudan Superman sedia ada, serta dengan memfokuskan variasi Superman lain – ia mungkin boleh menarik hati para peminat.

Projek ini dikatakan akan termasuk dalam Justice League Dark, sama dengan siri TV Constantine baharu yang turut diolah sebagai individu warga Amerika Afrika. Michael B. Jordan masih menjadi calon untuk memainkan watak ini, iaitu jika menjadi realiti – ia akan menjadi kali ketiga beliau mainkan watak berasaskan komik selepas Human Torch dan Killmonger. Tiada butiran lain dikongsi, selain projek ini adalah bajet tinggi dan akan disiarkan di HBO Max.

Sohor Kini