District 9 adalah antara filem sains fiksyen dan filem yang menggunakan tema segregasi sosial yang diadaptasi berasaskan sejarah di Afrika Selatan. Tetapi pengarahnya mengolah semula dengan memasukkan elemen makhluk asing, di mana makhluk-makhluk ini dipandang sebagai pendatang asing dan dilayan teruk oleh penghuni bumi.

Penyampaian filem ini, sinematografi, gabungan rakaman handheld bersama CGI berkualiti tinggi – menjadikan filem ini menerima maklum balas positif sehinggakan telah dikategorikan sebagai filem kultus. Pengarahnya adalah Neil Blomkamp dan kini beliau kongsi sedikit sebanyak mengenai sekuel District 10.

Melalui IGN, Neil menyatakan filem sekual ini akan diadaptasi pula daripada salah satu topik dalam sejarah Amerika Syarikat. Menurut beliau selama sedekad dalam proses menulis skrip, beliau menemui yang ada kisah dalam sejarah Amerika sesuai untuk dimasukkan dalam dunia District 9.

Tidak pasti jika elemen sama seperti rasis, xenofobia yang ada dalam filem lepas akan dikekalkan atau ada tema lain. Beliau tidak dedahkan dengan lebih butiran mengenainya lagi.

Sementara menunggu Distric 10, Neil turut akan hadir dengan filem seram Demonic pada 20 Ogos akan datang.

Sohor Kini