Tahun 2009, filem District 9 adalah antara filem sains fiksyen dan filem yang seronok untuk ditonton. Ia merupakan filem di mana makhluk asing kini duduk di bumi bersama dengan manusia dan ada masalah politik dan sebagainya.

Kini sudah 12 tahun, masih tiada khabar mengenai sekuel filem ini. Baru-baru ini Neill Blomkamp iaitu penerbit dan pengarah filem District 9 mengesahkan yang sekuel District 10 akan tiba tidak lama lagi. Terri Tatchell dan Sharlto Copley akan menyertai Neil sebaai penulis filem.

Buat masa ini masih tiada sebarang butiran, senarai pelakon, tarikh tayangan atau sinopsis filem dikongsi. Nampak gayanya ia mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini