Nampaknya kita akan dapat strim filem prekuel Army of the Dead tidak lama lagi. Zack Snyder baru-baru ini menciap beberapa imej daripada filem prekuel zombi baharu ini, Army of Thieves. Filem ini adalah filem di peringkat awal serangan zombi dan memfokuskan watak Ludwig Dieter, lakonan Matthias Schweighöfer. Matthias juga adalah pengarah bagi filem ini.

Army of Thieves adalah prekuel menceritakan bagaimana Ludwig boleh jatuh cinta, memahami dan tidak boleh lupakan peti simpanan Götterdämmerung yang ditemui dalam filem Army of the Dead. Filem ini juga akan menggunakan elemen sama dalam filem sebelum, iaitu rompakan dengan zombi sebagai halangan. Berdasarkan imej yang dikongsi, Ludwig dilihat terlibat dengan satu lagi aktiviti rompakan. Beliau perlu menyahkod peti simpanan vintaj, dan mungkin ada misteri lain?

Selain Matthias Schweighöfer, Guz Khan akan berlakon sebagai Rolph dan Stuart Martin sebagai Brad Cage mungkin adalah ahli pasukan Ludwig dalam filem ini. Selain itu watak Gwendoline lakonan Nathalie Emmanuel dilihat mungkin adalah wirawati filem ini. Ruby O. Fee dan Jonathan Cohen turut akan berlakon dalam filem ini. Sama-sama kita saksikan kelak dan tentukan, filem zombi mana terbaik.

Sohor Kini