Pada bulan April yang lalu, kami ada melaporkan bahawa Respawn Entertainment sedang dalam proses untuk membangunkan Apex Legends Mobile untuk peranti pintar.

Melalui sebuah ciapan yang baru, ia dilihat bahawa pusingan ujian beta tertutup untuk permainan tersebut akan ditawarkan untuk pasaran Asia Tenggara, khususnya Malaysia, Indonesia dan Filipina. Tiada sebarang tarikh khusus yang diberikan, tetapi mereka mengatakan bahawa ia akan tiba tidak lama lagi.

Respawn juga mengatakan bahawa pra-pendaftaran untuk ujian beta tertutup ini boleh dilakukan melalui pautan ini, yang akan membawa anda ke laman Google Play Store untuk permua tersebut. Setakat ini ia dilihat bahawa ujian beta tertutup ini hanyalah untuk peranti Android, yang mana kami menjangkakan ia akan ditawarkan untuk platform iOS juga apabila ia dilancarkan kelak.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi jika permua ini akan hadir dengan sokongan rentas platform yang mana ia boleh bermain bersama-sama dengan pemain pada platform lain seperti PC dan konsol ataupun tidak.

Sohor Kini