Pada minggu lepas, Amanz telah melaporkan yang kerajaan Ukraine telah menutup sindiket melombong kriptowang yang menggunakan 3800 unit PlayStation 4, berdasarkan laporan oleh Kotaku hari ini, konsol PlayStation 4 tersebut tampaknya bukan digunakan untuk melombong kriptowang, sebaliknya digunakan untuk meladang akaun FIFA Ultimate Team.
Kotaku telah memetik satu lama dari Ukraine yang mengatakan menggunakan konsol PlayStation 4 untuk melombong kriptowang adalah bukan cara terbaik berbanding menggunakan kad grafik. Selain itu, berdasarkan beberapa gambar yang dikongsi juga diperlihatkan permainan ada diluar konsol.
Oleh itu, menurut laman itu lagi, besar kemungkinan yang PS4 digunakan untuk meladang akaun FIFA Ultimate Team dengan bermain secara automatik, untuk mendapatkan kad dan juga mengumpul coins. Akaun-akaun tersebut mungkin kemudiannya dijual untuk yang tidak ingin bermula dari awal.
Namun, selain daripada PS4, terdapat sekitar 5000 kad grafik dan juga 50 CPU yang disita, oleh itu bersama dengan meladang akaun FIFA Ultimate Team ini, mereka juga melombong kriptowang.