Razer telah mengumumkan yang mereka melancarkan fon kepala terbaru bagi siri Barracuda iaitu Razer Barracuda X, melalui fon kepala ini mereka ingin menyediakan satu fon kepala untuk semua dengan melalui penyambung USB-C yang disertakan, ia boleh digunakan di pelbagai platform berbeza iaitu PlayStation, Nintendo Switch, PC dan juga telefon pintar Android secara nirwayar.
Razer Barracuda X juga hadir dengan rekaan yang lebih ringkas tetapi menurut Razer ia adalah sengaja dilakukan untuk membolehkan fon kepala ini bukan sahaja digunakan di meja semasa menggunakan PC akan tetapi turut di bawa untuk penggunaan harian termasuk juga semasa bermain Nintendo Switch secara mudah alih ataupun digunakan di telefon pintar.
Fon kepala ini juga akan hadir dengan mikrofon HyperClear Cardioid yang boleh dibuka untuk penggunaan sesi multi-pemain ataupun semasa chat audio. Secara nirwayar, ia mempunyai ketahanan 20 jam bateri, jika ingin digunakan secara wayar, kabel audio 3.5mm. Razer Barracuda X juga akan menyokong 7.1 Surround Sound.
Razer Barracuda X ditawarkan dengan harga RM459 di pengedar rasmi dan juga melalui laman Razer.com


