Siri TV Cursed Dibatalkan Selepas Satu Musim

The Witcher adalah siri TV aksi pengembaraan fantasi yang paling berjaya untuk Netflix. Sehinggakan mempunyai acara tersendiri Witchercon, animasi, siri sampingan, dan musim kedua. Kejayaan Netflix ini membuatkan mereka ingin cuba lagi hadir dengan siri TV bertemakan seperti The Witcher, lau hadirlah Cursed.

Cursed adalah adaptasi daripada novel grafik Frank Miller dan Tom Wheeler. Ia adalah iterasi berbeza kisah legenda King Arthur, dari sudut pandangan Nimue atau nama lainnya Lady of the Lake. Musim pertama siri TV ini disiarkan pada tahun lepas dengan Nimue dilakonkan oleh Katherine Langford.

Terkini menurut Hollywood Reporter, siri TV ini telah dibatalkan. Bermakna Cursed akan hanya ada satu musim sahaja dan tidak lagi akan diteruskan. Tiada sebab rasmi kenapa siri TV ini dibatalkan, tetapi ada kemungkinan besar kerana ia tidak menerima maklum balas yang baik. Dengan kejayaan Netflix ke dunia The Witcher, francais yang diadaptasi daripada novel karya Andrzej Sapkowsk.

Sohor Kini