The Witcher adalah siri TV asli Netflix bertemakan pengembaraan fantasi. Ia popular kerana The Witcher terdapat permainan video yang hebat. tetapi sebenarnya, The Witcher ini adalah dari novel dan permainan video dan siri TV ini adalah adaptasi dari novel tersebut. Siri TV The Witcher mendapat perhatian ramai dan menerima sambutan yang baik, terkini Netflix dilihat hadir dengan siri TV dalam tema yang sama berjudul – Cursed.

Cursed dilihat adalah kisah legenda King Arthur dengan pedang Excalibur. Tetapi untuk siri TV ini ia adalah satu penceritaan berbeza, kerana bukan King Arthur yang berjaya menarik keluar pedang magis ini – sebaliknya adalah Lady of The Lake. Video acah pertama sudah pun diperlihatkan dua minggu lepas, hari ini Netflix mempertontonkan pula video acah baru yang lebih menarik.

Video acah ini memfokuskan watak utama lakonan Katherine Langford sebagai Lady of the Lake. Kali ini video ini memperlihatkan bagaimana beliau memperoleh pedang Excalibur. Bukan itu sahaja, video acah ini turut menekankan elemen sihir dan pedang ini bukan sebarang pedang – tetapi adalah pedang sumpahan. Akan terdapat penjahat yang bersaing untuk merampas pedang ini dan bagaimana Lady of the Lake menjadi yang berhak memiliki pedang ini.

Seperti The Witcher, siri TV Cursed ini juga diadaptasi dari novel dengan judul yang sama. Novel ini juga laris di jual di Amerika Syarikat, iaitu New York Times. Ia adalah satu penceritaan berbeza kisah King Arthur dari sudut pandangan Nimue, iaitu Lady of the Lake. Sama-sama kita saksikan nanti. Cursed akan disiarkan pada 17 Julai kelak.

Sohor Kini