Siri TV pengembaraan fantasi popular di Netflix adalah The Witcher. Sehingga sekarang saya ingat lirik “Toss A Coin To Your Witcher”. Siri TV ini menjadi popular kerana ia mempunyai permainan video yang menarik dan adalah berasaskan novel. Dengan kejayaan ini, Netflix dilihat ingin terus cuba genre atau tema seperti siri ini melalui Cursed.
Cursed sudah kedengaran sejak tahun lepas lagi namun tiada apa-apa berita menarik mengenainya. Sehinggalah hari ini, Netflix telah terbit sinopsis dan juga video acah pertama. Siri ini mengisahkan Lady of the Lake, iaitu penjaga kepada pedang Excalibur. Kisah siri TV ini diceritakan melalui apa yang Nimue saksikan, yang mana adalah satu penceritaan berbeza dari kisah legenda asal King Arthur. Lady of the Lake ini akan bersama-sama dengan King Arthur dan adalah individu yang bertanggungjawab mengendali pedang Excalibur.
Siri TV ini akan disiarkan di Netflix pada 17 Julai, iaitu kurang dari sebulan lagi. Nantikan ulasan kami di Aksiz, mana tahu siri ini lebih menarik dari The Witcher – sama-sama kita nantikan.


