HBO Go Asia baru-baru ini telah berkongsi beberapa kandungan menarik yang akan disiarka di Malaya melalui saluandi Astro, kotak set Unifi atau juga aplikasi penstriman video mereka. Sejak ke belakangan ini, siri Tv dan file asli HBO Max turut ditawarkan di malaysia dengan masa siaran serentak dengan HBO Max.

Sudah semestinya yang pertama kami akan berkus adalah filem asli HBO Max, No Sudden Move yang sudah kami ulas beberapa hari lepas. Dijadualkan untuk siaran 1 Julai, tetapi ditunda. Kini pada 2 Julai anda sudah boleh menstrim filem ini. Filem ini mengisahan perompak yang diupah untuk mencuri dokumen dan rancangan menjadi kucarr-kacir sehinggalah rancangan baharu perlu dihasilkan. Ia adalah filem Steven Soderbergh, dengan gaya seakan Ocean 11 tetapi bertemaka Noir.

Baca: Ulasan No Sudden Move – Filem Rompakan Noir Yang Menarik, Walaupun Gila Perlahan


Siri TV Asli HBO Max & HBO Originals

  • Gossip Girl – olahan semula HBO Max, siaran bermula 8 Julai.
  • The White Lotus – siri TV asli HBO bertemakan komedi satira, siaran bermula 12 Julai.
  • Catch And Kill: The Podcast Tapes – siri podcast ke skrin TV memfokuskan jenayah, siaran bermula 13 Julai.
  • Traffickers – siri dokumentari asli HBO, siaran bermula 23 Julai.

Siri TV DC The CW & DC Universe

  • Supergirl Musim 1-5 – siaran bermula 1 Julai
  • DC’s Stargirl Musim 1 – siaran bermula 1 Julai

Siri Animasi, Filem, & Lain-Lain

Sheeesh! Space Jam: A New Legacy

HBO Go Asia turut memperkenalkan pelbagai kandungan baharu, bersempena filem Space Jam: A New Legacy. Melalui program ini, filem pertama Space Jam dengan lakonan Michael Jordan boleh distrim di HBO Go Asia. Selain itu, koleksi animasi Looney Tunes turuttt akan disertakan seperti – New Looney TunesThe Looney Tunes Show, dan Baby Looney Tunes. Semua Looney Tunes akan disiarkan selama 24 jam bermula 10 Julai sehingga 18 Julai di saluran Boomerang (Astro 619).

Di saluran Cartoon Network (Astro 615 HD), program All Star Jam diperkenalkan dan kandungan akan disiarkan bermula 10 Julai. Kebanyakan kandungan adalah bertemakan sukan la keranjang, seperti Teen Titans Go! dan We Bare Bears.

Sohor Kini