Microsoft baru-baru ini dilaporkan telah hadir dengan kemaskini untuk kotak fizikal permainan video Xbox mereka untuk memudahkan pelanggan untuk melihat samada permainan yang mereka beli menyokong konsol baru dan lama mereka ataupun tidak.
Rekaan grafik yang dikemaskini ini tidak begitu berbeza dengan rekaan sebelum ini, cuma mereka menukar logo yang digunakan sebelum ini untuk menandakan versi konsol dengan teks untuk memudahkan pelanggan mencari permainan yang bersesuaian dengan konsol mereka.
Jika sebuah permainan yang dibeli itu menyokong kedua-dua Xbox One dan juga Xbox Series X, teks untuk konsol-konsol tersebut akan tertera pada bahagian atas kotak permainan video tersebut, supaya anda tidak tersalah versi yang tidak disokong oleh konsol anda.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan mula menggunakan rekaan grafik baru ini, tetapi ia dapat dilihat bahawa permainan-permainan akan datang seperti Microsoft Flight Simulator, Forza Horizon 5 dan Halo Infinite akan menggunakannya.