Bagi anda yang belajar di universiti, kini sebuah berita gembira untuk anda. University e-League (UEL) kini bakal diadakan buat julung kalinya, iaitu sebuah liga esukan varsiti di Malaysia.

Liga ini akan berlangsung bermula 4 Julai sehingga 12 September 2021 ini, sekaligus menyaksikan sekitar lebih 300 pasukan esukan universiti menyertainya, dan bersaing untuk memenangi hadiah terkumpul sebanyak RM20,000.
Liga ini bakal menyaksikan beberapa permainan dipertandingkan, termasuk Mobile Legends : Bang Bang, League of Legends, League of Legends : Wild Rift, dan juga Valorant.
Beberapa penaja rasmi UEL buat masa ini adalah termasuk MSI dan juga SEGi University & Colleges.
Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran di laman rasmi UEL bermula hari ini, dan menyemak maklumat lanjut mengenainya.