Sewaktu pembentangan Xbox dan Bethesda, Obsidian Studios turut memperlihatkan video acah untuk permainan seterusnya mereka, iaitu The Outer Worlds 2.
Video acah tersebut memperlihatkan pelbagai jenis kandungan yang buat masa ini tidak disahkan sama ada ia akan tiba dalam permainan sekuel kepada permainan pengembaraan The Outer Worlds. Malah, tukang cerita video acah tersebut sendiri mengatakan bahawa semua kandungan yang ditunjukkan dalam video tersebut masih belum disahkan, dan berkemungkinan tidak akan digunakan.
Setakat ini, satu-satunya benda yang disahkan oleh Obsidian Entertainment ialah tajuk permainan ini, iaitu The Outer Worlds 2. Kami mengharapkan bahawa sekurang-kurangnya permainan ini akan memperlihatkan grafik yang cukup cantik seperti apa yang diperlihatkan dalam video acah ini.