Microsoft Flight Simulator ialah permainan simulasi penerbangan kapal terbang yang dibangunkan oleh Asobo Studio untuk platform PC Windows 10 pada tahun lepas.
Terkini, di acara E3, Microsoft telah mengumumkan bahawa Microsoft Flight Simulator turut akan diperkenalkan untuk platform konsol Xbox Series X dan Series S tidak lama lagi.
Menariknya, permainan versi konsol ini akan hadir dengan semua ciri-ciri tambahan yang diperlihatkan pada versi PC, termasuklah sistem cuaca masa nyata yang mirip keadaan cuaca sebenar ketika mengendali sebuah kapal terbang.
Bukan itu sahaja, Microsoft turut menunjukkan kandungan tambahan Top Gun: Maverick bersempena dengan filem dengan tajuk yang sama yang akan tiba di pawagam pada 2 Julai kelak.


