Microsoft Akan Melancarkan Peti Sejuk Xbox Pada Hujung Tahun Ini

Ia pada awalnya merupakan satu jenaka yang diperkatakan oleh pemain apabila Microsoft pertama kali memperlihatkan rekaan untuk Xbox Series X, namun kini Peti Sejuk Xbox tampaknya menjadi satu produk sebenar apabila ketika Xbox Bethesda Showcase mereka mengumumkan Peti Sejuk Xbox akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Ia adalah peti sejuk mini dan bersesuaian untuk mengisi air tin. Buat masa ini harga untuknya masih tidak diumumkan atau sama ada ia akan dikeluarkan secara terhad ataupun akan terus menerima tempahan. Dengan produk bersaiz ini, agar sukar untuk kami jangkakan yang ia akan ditawarkan di Malaysia.

Sohor Kini