Bersempena acara Summer Game Fest 2021 yang sedang berlangsung, MediaTonic, pembangun di sebalik permainan Fall Guys: Ultimate Knockout mengumumkan bahawa mereka akan mula menawarkan kostum watak 2B dari permainan Nier Automata pada 18 Jun ini.

Kostum ini diperlihatkan melalui sebuah video acah oleh MediaTonic sewaktu acara pembukaan acara tersebut.

Sama seperti kostum-kostum premium yang lain, kostum 2B ini akan ditawarkan melalui kedai pembelian dalam-aplikasi permainan Fall Guys, dan terbahagi kepada dua bahagian atas dan bawah.

Buat masa ini, hanya kostum 2B yang diperlihatkan, dan ia tidak diketahui sama ada watak-watak lain seperti 9S dan A2 akan diperkenalkan atau tidak.

Sohor Kini