TimeSpillters merupakan siri permainan menembak suatu ketika dahulu, ia dibangunkan oleh Free Radical Design yang telah menutup studio tersebut pada tahun 2014. Dengan IP TimeSplitters kini dimiliki oleh Deep Silver dan Koch Media, mereka telah mengumumkan studio Free Radical Design akan kembali yang melibatkan pengasas bersama asal iaitu Steve Ellis dan David Doak.

Mereka akan mula membangunkan TimeSplitters dalam masa beberapa bulan lagi, dan buat masa ini mereka akan memfokuskan untuk membentuk studio ini terlebih dahulu dengan pelbagai jawatan akan diumumkan dari semasa ke semasa. Studio ini akan beroperasi di kawasan Nottingham.

Koch Media telah mendapatkan IP TimeSplitters pada tahun 2018, Steve Ellis juga telah menyertai mereka pada tahun lepas sebelum pengumuman ini.

Sohor Kini