The Last of Us Part 2 hanya baru dilancarkan pada tahun lepas, tetapi kini nampaknya telahpun menerima kemaskini tambahan untuk konsol PlayStation 5 yang membolehkan permainan ini dimainkan pada kadar segar semula yang jauh lebih tinggi pada 60FPS.

The Last of Us Part 2 mengundang pelbagai kontroversi kerana penceritaan dan watak-wataknya, tetapi ramai yang setuju bahawa corak permainannya adalah yang terbaik pada konsol PlayStation 4, khususnya untuk sebuah tajuk permainan yang dilancarkan pada penghujung hayat konsol tersebut.

Bagi mereka yang memiliki konsol PlayStation 5, mereka boleh mula memuat-turun kemaskini mod 60FPS ini, dan selepas itu, mereka boleh mengakses ciri ini melalui menu tetapan dalam permainan. Video treler dibawah menunjukkan perbezaan diantara bermain dalam mod 30FPS dan juga 60FPS.

https://youtu.be/9vKTikTO4dE

Sohor Kini