Ratchet & Clank Rift Apart ialah permainan video yang dikenali ramai sebagai sebuah penjual sistem konsol Sony PlayStation. Ia bukan sahaja penanda-aras awal untuk memperlihatkan kemampuan konsol PlayStation generasi terbaru, tetapi juga hadir dengan corak permainan dan jalan cerita yang menarik.
Terkini, Insomniac telah mengeluarkan sebuah video treler baru yang menunjukkan corak permainan dan juga senjata-senjata yang boleh digunakan didalam permainan terbaru ini.
Senjata-senjata klasik seperti Burst Pistol dan The Enforcer masih lagi hadir, tetapi yang lebih menarik adalah senjata-senjata baru seperti Topiary Sprinkler dan Mr. Fungi yang mempunyai mekanik-mekanik baru.
Bercakap mengenai mekanik baru, oleh kerana Ratchet & Clank kini mempunyai dua watak yang boleh dimainkan, iaitu Ratchet dan Rivet, Ratchet kini mempunyai teknik-teknik pergerakan yang memanfaatkan alat-alat baru seperti Rift Tether dan juga teknik Phantom Dash untuk mengelak serangan pihak musuh.
Ratchet & Clank A Rift Apart akan tiba untuk konsol Sony PlayStation 5 pada 11 Jun kelak.