Skip to main content

BoBoiBoy Beyond 10’ adalah kempen menyambut ulang tahun BoBoiBoy yang kesepuluh. Pelabagai projek, produk dirancang, sudah dilancarkan atau masih dalam pembangunan telah didedahkan oleh Monsta. Sempena hari raya, Monsta telah hadir dengan iklan raya serta lagu raya Aneka Baju Raya dengan olahan Hannah Delisha.

Selari dengan pengumuman minggu lepas, di mana Monsta bakal hadir dengan figura aksi tersendiri untuk BoBoiBoy – hari ini mereka umumkan secara rasmi (walaupun sudah boleh dibeli sejak beberapa hari lepas) mengenai siri figura aksi mereka ini. Apa yang menarik adalah, buat pertama kali Monsta menghasilkan sendiri sepenuhnya figura ini tanpa bantuan jenama lain. Untuk itu, mereka hadir dengan FGURA.

Dalam FGURA, Monsta menawarkan empat rekaan. Pertama adalah BoBoiBoy (asli), kedua adalah BoBoiBoy Blaze, ketiga pula adalah BoBoiBoy Ais dan yang terakhir BoBoiBoy FrostFire. Buat masa ini hanya yang asli dan edisi Blaze sahaja boleh dibeli. Mereka menjual setiap satu FGURA pada harga RM49, atau melalui harga promosi di 7-Eleven pada harga RM45. Edisi Ais dan FrostFire hanya akan dijual bermula Julai akan datang.

Selain daripada 7-Eleven sebagai kedai fizikal, setiap figura aksi ini boleh dibeli melalui laman Shopee atau Lazada rasmi mereka Monsta Store. Melalui platform ini, terdapat set berkas ditawarkan – iaitu RM98 untuk set kombo. Setiap pembelian set kombo ini akan menerima BoBoiBoy Galaxy Card FGURA secara percuma.

Menurut Monsta, mereka lebih bersemangat untuk hadir dengan produk asli selepas kejayaan filem kedua pada tahun 2019 – BoBoiBoy Movie 2. Menurut mereka, banyak barangan eksklusif, cenderamata dan komik laris terjual. Untuk menjayakan lagi koleksi serta memuaskan hati para peminat, mengapa tidak mereka hadir dengan jenama tersendiri dengan buatan sendiri pula?

[download] Beli FGURA BoBoiBoy [/download] [download] Beli FGURA BoBoiBoy Blaze [/download] [download] Beli Set Kombo FGURA BoBoiBoy & Blaze [/download]

Leave a Reply