Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 2021, Monsta turut menyambut ulangtahun BoBoiBoy yang kesepuluh. Untuk itu, mereka mengumumkan dua program Hari Raya – iaitu iklan raya dan juga lagu raya.

Untuk iklan raya, mereka mempertontonkan kisah silam BoBoiBoy melalui video Memori Eidulfitri – yang mana turut menyertakan Amato sebagai bapa, Tok Aba dan juga Umi. Video ini buat kali pertama sejak 10 tahun kehadiran BoBoiBoy mendedahkan identiti ibu hero tempatan ini.
Seterusnya adalah lagu raya nyanyian Papa Pipi yang popular, iaitu Aneka Baju Raya. Untuk tahun ini, lagu ini diolah semula dengan nyanyian oleh Hannah Delisha. Lagu raya ini boleh disaksikan di TikTok dan Facebook Papa Pipi, serta di saluran YouTube rasmi Monsta.



