Tahun ini adalah ulang tahun kesepuluh BoBoiBoy. Monsta ada merancang pelbagai kejutan seperti siri animasi, filem, filem pendek, siri YouTube – tetapi disebabkan pandemik banyak yang tunda atau digantikan dengan yang baru.Baru-baru ini mereka hadir dengan video iklan raya yang mempertontonkan Umi, iaitu ibu BoBoiBoy buat kali pertama dalam sejarah bersama-sama seisi keluarga – Tok Aba dan ayah Amato.

Untuk meriahkan lagi Hari Raya, lagu Aneka Baju Raya yang sedia terkenal nyanyian Papa Pipi diolah dengan versi nyanyian oleh Hannah Delisha. Terkini, meneruskan lagi kempen #BoBoiBoyBeyond – Monsta memperkenalkan set figura aksi baharu pula. Figura aksi baharu ini diklasifikasikan dalam kategori tersendiri, FGURA. Monsta membawakan rekaan baharu untuk BoBoiBoy Ori dan BoBoiBoy Blaze. Manakala siri FGURA ini akan dilengkapkan dengan pelbagai lagi rekaan di masa akan datang.

FGURA BoBoiBoy akan dijual di 7Eleven, Shopee, Lazada dan Monsta Online Store tidak lama lagi.

Sohor Kini