Raven Software, pembangun di sebalik permainan video Call of Duty: Warzone baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah mengharamkan sebanyak 500 ribu akaun kerana pertuduhan menipu didalam permainan tersebut.

Melalui ciapan akaun Twitter mereka, Raven Software telah mengumumkan bahawa mereka baru sahaja mengharamkan 30 ribu akaun dalam pusingan terbaru, dan mengatakan jumlah akaun yang diharamkan setakat ini berada pada paras 500 ribu akaun.

Call of Duty: Warzone dilancarkan pada bulan Mac 2020, dan kini mempunyai sekitar 100 juta pemain aktif, dan pengharaman 500 ribu akaun selepas setahun beroperasi boleh dikatakan sangat banyak, tetapi ia juga boleh dikatakan bahawa Call of Duty: Warzone adalah diantara permainan-permainan atas-talian yang paling popular di pasaran.

Sohor Kini