The Falcon and the Winter Soldier adalah antara siri TV paling menarik setakat ini disiarkan di Disney+. Siri TV ini fokus kepada watak lakonan Anthony Mackie – iaitu Sam Wilson yang tiada keyakinan beliau boleh menjadi pengganti Captain America. Beliau ditemani oleh Sebastian Stan yang memainkan watak Bucky/Winter Soldier menentang John Walker dan juga Karli Morgenthau.

Siri TV berada di tempat kedua sebelum ini, sebagai siri TV yang paling banyak distrim dengan jumlah tontonan 628 juta minit. Laporan terbaru daripada Nielsen memperlihatkan yang siri TV ini kini menjadi yang pertama paling banyak distrim. Ia kini menerima jumlah tontonan sebanyak 855 juta minit pada 12-18 April lalu. Jumlah minit tontonan ini adalah berdasarkan kandungan yang disiarkan di Amerika Syarikat.

Berikut adalah senarai penuh, siri TV dan filem apa yang paling banyak distrim sepanjang tempoh yang sama;

Siri Asli

1. The Falcon and the Winter Soldier (Disney+), 855 juta minit
2. Them (Amazon), 670 juta minit
3. The Circle (Netflix), 443 juta minit
4. Dad Stop Embarrassing Me (Netflix), 330 juta minit
5. The Crown (Netflix), 321 juta minit
6. This Is a Robbery (Netflix), 315 juta minit
7. The Serpent (Netflix), 226 juta minit
8. Who Killed Sara? (Netflix), 213 juta minit
9. The Great British Baking Show (Netflix), 196 juta minit
10. Family Reunion (Netflix) 171 juta minit

Hak Siaran

1. NCIS (Netflix), 779 juta minit
2. Grey’s Anatomy (Netflix), 629 juta minit
3. Cocomelon (Netflix), 609 juta minit
4. Criminal Minds (Netflix), 575 juta minit
5. Schitt’s Creek (Netflix), 489 juta minit
6. Heartland (Netflix), 430 juta minit
7. Nicky, Ricky, Dicky & Dawn (Netflix), 326 juta minit
8. The Baker and the Beauty (Netflix), 315 juta minit
9. Supernatural (Netflix), 313 juta minit
10. New Girl (Netflix), 290 juta minit

Filem

1. Thunder Force* (Netflix), 742 juta minit
2. Why Did You Kill Me* (Netflix), 253 juta minit
3. Synchronic (Netflix), 250 juta minit
4. Moana (Disney+), 166 juta minit
5. Raya and the Last Dragon* (Disney+), 164 juta minit
6. The Little Rascals (Netflix), 153 juta minit
7. Saving Private Ryan (Netflix), 130 juta minit
8. Frozen (Disney+), 124 million
9. Concrete Cowboy* (Netflix), 115 juta minit
10. The Stand-In (Netflix), 114 juta minit

Kelak pada 1 Jun, anda boleh tonton semula siri TV ini di Malaysia secara rasmi melalui platform Disney+ Hotstar sementara menantikan ketibaan siri TV Loki yang akan tiba 9 Jun.

Sohor Kini