Loki adalah siri TV baharu untuk Disney+ yang mana turut akan disiarkan di Disney+ Hotstar untuk pengguna di Malaysia. Jika WandaVision dan The Falcon and the Winter Solider buatkan anda menanti ketibaan episod baru setiap hari Jumaat, Loki akan mengubah perkara tersebut.

Tom Hiddleston mengumumkan melalui satu video baru, Rabu adalah Jumaat yang baru. Bermakna, siri TV Loki akan disiarkan pada setiap hari Rabu dan bukannya Jumaat. Daripada tarikh asal 11 Jun, kini ia berubah menjadi 9 Jun. Begitu juga di Malaysia, semua siri TV Disney+ asli akan disiarkan serentak dengan Amerika Syarikat.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, video acah baru Loki turut dipertontonkan. Kali ini, sedikit sebanyak aksi Loki sebenar diperlihatkan. Memandangkan siri TV ini akan bermain dengan masa, yang mana akan mengembara ke garis masa yang sama – individu seperti Loki diklasifikasikan mengikut Variant. Loki asal dilihat adalah versi yang paling menjengkelkan.

Disebabkan aksi Loki ketika Endgame, garis masa tekah bercelaru dan masa silam berkemungkinan besar telah mewujudkan Loki versi lain dan jelas sekali siri TV ini akan memperlihatkan Loki vs Loki.

Apa-apa pun, siri TV ini dilihat akan menjadi siri TV paling lucu. Sama-sama kita nantikan 9 Jun tidak lama lagi.

Sohor Kini