Semalam kami ada melaporkan mengenai jumlah jualan konsol permainan dan juga perisian permainan Nintendo Switch pada tahun 2020, yang mencatatkan penjualan konsol tertinggi mereka setakat ini.

Walaupun begitu, Nintendo, yang juga cukup terkenal untuk ramalan pendapatan dan keuntungan yang konservatif mengatakan bahawa jualan konsol tersebut akan menurun pada tahun ini, khususnya kerana faktor kekurangan bekalan cip pemprosesan yang membelenggu semua industri elektronik di seluruh dunia.

Dalam pada itu, ura-ura bahawa Nintendo akan melancarkan konsol Nintendo Switch Pro pada penghujung tahun ini juga akan membuatkan orang ramai untuk menunggu kehadiran konsol tersebut.

Walaupun begitu, beberapa penganalisa industri mengatakan bahawa jualan konsol Nintendo Switch masih lagi akan dijual dengan banyak, dengan sejumlah permainan parti pertama yang akan hadir di pasaran tidak lama lagi, seperti permainan Mario Golf dan juga Zelda Skyward Sword.

Sohor Kini