Beberapa hari lalu, kami ada melaporkan mengenai personaliti VTuber AirAsia, iaitu Aozora Kurumi yang mengatakan bahawa beliau akan diperkenalkan secara rasmi melalui sebuah acara strim tidak lama lagi.

Hari ini, pihak AirAsia bukan sahaja mengesahkan tarikh dan masa acara penstriman tersebut, tetapi juga telah berkongsi butiran lanjut mengenai watak VTuber tersebut.

Aozora Kurumi akan hadir dengan acara penstriman pertamanya pada 8 Mei ini pada pukul 8 malam melalui saluran YouTube beliau.

Dalam pada itu, sedikit butiran peribadi Aozora Kurumi ini diperlihatkan oleh AirAsia melalui kenyataan media mereka:

Aozora Kurumi merupakan seorang perantis Hermes, di mana dia melakukan perjalanan antara beberapa buah dunia untuk menyampaikan pesanan daripada para dewa. Suatu hari, dia telah terbang ke Bumi dan terpesona dengan dunia ini dan terpikat dengan idola maya. Oleh itu, dia memutuskan untuk menjadi idola maya separuh masa dan membuat kandunagn penstriman selain menjadi perantis Hermes. Pada masa lapang, Kurumi lebih suka melihat gelagat manusia dari ‘Cloud Palace’ (tempat tinggalnya di atas awan) bersama-sama kucing peliharaannya, Jetson yang digelar sebagai “anaknya”.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini juga, Aozora Kurumi disuarakan oleh individu yang dipilih melalui temuduga Project Kavvaii, dan menurut AirAsia, dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Hokkien, Kantonis, Korea dan boleh bertutur sedikit sebanyak dalam Bahasa Malaysia dan Jepun.

Sohor Kini