Sekali lagi, filem Tom Hanks akan disiarkan di Apple TV+ secara eksklusif selepas kejayaan filem Greyhound. Semasa pelancaran Apple TV+, Greyhound adalah antara filem Apple Originals yang boleh terus ditonton oleh para pelanggan. Filem ini adalah filem daripada Sony Pictures yang pada asalnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam. Tetapi disebabkan pandemik, Apple memenangi hak penstriman.

Disebabkan filem ini juga, jumlah penonton Apple TV+ meningkat secara mendadak. Apple membayar sekitar RM300 juta untuk hak filem ini. Sedar dengan kejayaan ini, Apple baru-baru ini telah mengambil-alih hak penstriman satu lagi filem Tom Hanks berjudul Finch (judul asal Bios). Filem ini akan disiarkan pada sekitar penghujung tahun dan mungkin akan bertanding untuk anugerah Oscar akan datang.

Filem ini mengisahkan Finch, seorang pencipta robot yang mencipta sebuah robot untuk menjaga anjing peliharaan beliau Goodyear selepas beliau mati. Filem ini berlaku di dunia, di mana Finch adalah antara yang terselamat daripada kata-klismik solar. Selama sekitar sedekad, beliau tinggal di dalam sebuah bunker. Ia akan memfokuskan kepada pengembaraan Finch, Goodyear dan robot dibina tadi betapa indahnya dapat hidup di muka bumi.

Finch dilakokan oleh Tom Hanks sendiri, sementara robot dalam filem ini dilakonkan oleh Caleb Landry Jones. Filem ini diarahkan oleh Miguel Sapochnik, iaitu pengarah siri TV Game of Thrones yang pernah memenangi anugerah Emmy untuk episod Battle of the Bastards dalam musim keenam. Skrip pula ditulis oleh Craig Luck dan Ivor Powell, yang mana salah seorang adalah penerbit Blade Runner dan Alien.


Sohor Kini