Jumlah Penonton Apple TV+ Melonjak Kerana Filem Greyhound

Greyhound adalah filem eksklusif Apple TV+ yang dihasilkan oleh Tom Hanks dan beliau turut menjadi watak utama dalam filem ini. Filem ini sepatutnya ditayangkan di pawagam, tetapi dek kerana Covid-19 ia disiarkan sahaja di Apple TV+ pada Jumaat minggu lepas. Filem ini bertemakan perang dunia kedua dan memfokuskan kapal perang, kapal selam dan lain-lain yang memfokuskan di lautan.

Disebabkan filem ini, Apple dilaporkan menerima peningkatan terhadap pengguna dan penonton pada platform ini. Sumber tidak memberikan jumlah sebenar, tetapi 30% dari penambahan pengguna ini adalah yang baru sahaja mula melanggan kerana Greyhound. Bulan Mei lepas, kandungan seperti The Morning Show, The Banker, Defending Jacob, telah memecah rekod tontonan.

Banyak lagi kandungan asli Apple akan datang, antaranya adalah Killers of the Flower Moon, Emancipation, Snow Blind dan Masters of the Air.

Sohor Kini