Filem baharu Tom Hanks “Greyhound” adalah filem yang dihasilkan oleh Sony. Ia tidak ditayangkan di pawagam dan terus memasuki platform penstriman video Apple TV+. Filem ini bertemakan tentera laut yang berlaku di zaman perang dunia kedua dan Tom Hanks sendiri memainkan watak utama.

Terkini, video acah baharu dan juga tarikh siaran telah diumumkan. Apple TV+ terbit video acah ini dan menyertakan tarikh, yang mana anda semua boleh mula tonton bermula 10 Julai ini. Video acah ini turut memperlihatkan aksi pertempuran antara tentera kapal laut, pelbagai letupan dan konflik watak utama itu sendiri. Ia dilihat sebagai satu filem yang berkualiti tinggi dan mungkin menyeronokkan. Bagi yang mempunyai akaun Apple TV+, nantikan siaran filem ini kerana ia adalah tayangan perdana dan eksklusif untuk Apple TV+.

Sohor Kini