Januari lalu, Netflix mengumumkan yang sepanjang tahun ini mereka akan siarkan satu filem baru pada setiap minggu. Ketika itu, Netflix hanya menyatakan yang mereka mempunyai 70 filem dalam senarai dan telah dijadualkan. Dengan menandatangani perjanjian bersama Sony, kandungan dalam Netflix secara tidak langsung akan bertambah. Antaranya adalah filem-filem baru Sony Pictures yang tidak ditayangkan di pawagam kerana pandemik Covid-19.

Baru-baru ini, Netflix telah menerbit video acah memperlihatkan senarai baru bagi filem-filem mereka sepanjang tahun ini juga. Menjanjikan pelbagai kandungan baru bermula Mei sehinggalah sepanjang musim panas, iaitu Jun – September. Dalam dokumen yang Netflix kongsi kepada kami, terdapat hampir 90 filem yang telah disenaraikan dan ada juga filem yang masih tiada judul, belum siap produksi, dan lain-lain lagi.

Berikut adalah antara senarai filem;

Untuk tonton bersama keluarga

  • Untuk tonton bersama keluarga
    • The Mitchells vs. The Machines
    • Blue Miracle
    • Wish Dragon
    • Skater Girl
    • Trollhunters: Rise of the Titans
    • The Loud House Movie
  • Sempena Hari Bapa
    • Fatherhood – filem kebapaan daripada Kevin Hart
    • Sweet Girl – filem aksi kisah watak Jason Momoa menyelamatkan anak perempuan beliau
  • Romantik
    • The Kissing Booth trilogy
    • Resort to Love
    • The Last Letter From Your Lover
  • Klasik 90-an dan olahan
    • Trilogi Fear Street
    • He’s All That – filem romkom sampingan She’s All That (1999), Rachael Leigh Cook kembali bersama selebriti TikTok Addison Rae
  • Filem ngeri wanita
    • Oxygen (Mélanie Laurent)
    • The Woman in the Window (Amy Adams)
    • Beckett (Alicia Vikander)

Senarai antara pencipta/pelakon/pengarah untuik filem-filem ini;

  1. Addison Rae
  2. Alicia Vikander
  3. Amanda Seyfried
  4. Amy Adams
  5. Ana de la Reguera
  6. Channing Tatum
  7. Christina Milian
  8. Dave Bautista
  9. Dhanush
  10. Felicity Jones
  11. Gessica Kayane
  12. Gina Rodriguez
  13. Guillermo Del Toro
  14. Iliza Shlesinger
  15. Isabela Merced
  16. Jason Mantzoukas
  17. Jason Momoa
  18. Jean Claude Van Damme
  19. Jeffrey Wright
  20. Jennifer Hudson
  21. Joel Courtney
  22. Joey King
  23. John David Washington
  24. Kelvin Harrison Jr.
  25. Kevin Hart
  26. Liam Neeson
  27. Lord & Miller
  28. Matthias Schweighofer
  29. Melanie Laurent
  30. Omari Hardwick
  31. Rachael Leigh Cook
  32. Sadie Sink
  33. Shailene Woodley
  34. Tanner Buchanan
  35. Zack Snyder

Bagi yang berminat dengan filem zombi, Army of The Dead akan tiba tidak lama lagi, manakala peminat filem pontianak boleh nantikan filem Blood Red Sky, dan yang inginkan filem animasi komedi dan juga aneh boleh saksikan America: The Motion Picture. Ia mengisarkan watak berasaskan sejarah George Washington lakonan suara Channing Tatum.

Tidak lupa juga yang Netflix turut akan menyiarkan filem-filem tempatan klasik bersempena dengan Ramadan dan Hari Raya, Netflix Ramadan.

Sohor Kini