Tepat pada masanya, sedang kita mula berkurung dalam rumah kerana PKP – Netflix umum sesuatu yang menarik. Netflix menjanjikan yang sepanjang tahun 2021, seminggu akan ada sekurang-kurangnya satu filem baharu.

Buat masa ini terdapat 70 filem dalam jadual mereka dari pelakon-pelakon hebat. Antara pelakon yang disenaraikan adalah Gal Gadot, Ryan Reynolds, The Rock dan ramai lagi. Ini menjadikan Netlfix sebagai destinasi menarik untuk menikmati hiburan dan untuk menghabiskan masa.

Dengan tiada pesaing besar lagi, Netflix tidak dinafikan menarik perhatian semakin ramai pengguna tempatan. Kelak jika Disney+ atau yang lain tiba ke pasaran tempatan – barulah perubahan mungkin akan diperlihatkan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini