Selama ini, filem-filem baru Sony Pictures akan tiba ke platform penstriman video Starz selepas tamat ditayangkan di pawagam dan memberi ruang untuk peminat beli/sewa secara digital. Selepas sekitar 16 tahun, Sony menamatkan kontrak dengan Starz dan kontrak baru dipegang oleh Netflix.

Menurut laporan, Netflix menandatangani perjanjian untuk hak penstriman filem-filem baru Sony Pictures yang bakal tiba di pawagam 2022 dan juga bertanggungjawab untuk menyiarkan beberapa filem asli khusus untuk platform penstriman. Perjanjian ini adalah tambahan daripada Netflix yang sudah pun mempunyai hak penstriman filem-filem animasi Sony – Contoh, The Mitchells Vs. The Machines.

Setiap tahun, Sony Pictures akan mempunyai 15-20 filem untuk pawagam. Tetapi untuk kembangkan lagi pasaran, selain 2-3 filem asli khusus untuk Netflix – Sony mungkin akan hadir dengan filem lain untuk platform lain. Melalui perjanjian ini, francais filem “Spiderman,” “Venom”, “Morbius, “Jumanji” dan banyak lagi, akan menjadi eksklusif siaran di Netflix selepas 9 bulan di pawagam dan versi digital dilancarkan. Tetapi disebabkan pandemik, ia mungkin akan dipercepatkan.

Perjanjian seperti menelan kos ratusan juta ringgit, malah mungkin mencapai 1 bilion ringgit. Lebih-lebih lagi apabila harga setiap satu filem adalah bergantung kepada nilai kutipan yang diperoleh. Netflix pernah melakukan perjanjian seperti ini dengan Disney untuk filem-filem 2016. Perjanjian 3 tahun, menelan kos $300 juta. Inikan pula 5 tahun untuk 15-20 filem, 2-3 filem asli dan beberapa filem lama.

Filem-filem 2022 Sony yang akan masuk ke Netflix akan terhad ke pengguna di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu. Hanya filem asli sahaja akan disiarkan secara global terus.

Sohor Kini