Skip to main content

Kerjasama diantara Sony dengan jenama sukan Nike bukanlah sesuatu yang baru. Beberapa tahun yang lalu, mereka telah memperkenalkan kasut Nike bertemakan konsol Sony PlayStation, iaitu Nike PG 2.5 x PlayStation.

PG5 x PS5

Terkini, kedua-dua syarikat ini nampaknya akan hadir dengan satu lagi kolaborasi baru yang menggabungkan kasut bola keranjang Nike PG 5 bersama-sama dengan rekaan konsol Sony PlayStation 5 dan kali ini akan hadir dalam dua olahan warna biru dan putih.

Dari segi rekaan, kasut PG 5 x PS5 ini dilihat mengambil sedikit rekaan ilham daripada konsol PlayStation 5 dan juga corak daripada pengawal permainan DualSense yang dikeluarkan khusus untuk konsol tersebut juga.

Gambar-gambar kasut ini diperlihatkan oleh gudang kasut LaceUp UK yang juga mengesahkan bahawa mereka akan mula dijual pada bulan Mei kelak pada harga $110. Kasut Nike PG 2.5 x PlayStation sebelum ini turut dijual di pasaran Malaysia, tetapi buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi jika kasut kolaborasi terbaru ini akan dijual disini ataupun tidak.

Leave a Reply