Setiap televisyen BRAVIA XR turut dilengkapi aplikasi penstriman BRAVIA CORE yang menawarkan kesemua filem keluaran Sony Pictures Entertainment dan ditambah baik dengan sokongan visual pada nisbah skrin IMAX. Tetapi, pengguna televisyen ini sahajalah yang boleh menikmati kandungan-kandungan ini. Menjadika platform penstriman video tersendiri Sony terhad untuk pengguna TV Bravia sahaja.

Kini, Sony telah mengesahkan yang mereka akan hadir dengan PlayStation Plus Video Pass. Ia akan ditawarkan kepada semua pengguna PS Plus sedia ada untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Informasi ini diperoleh daripada laman SpidersWeb, melalui temuramah dengan wakil ekseutif Sony – Nick Maguire. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini masih berada di fasa awal percubaan dan terhad kepada pengguna di Poland sahaja. Satu aplikasi baru turut akan muncul di gedung aplikasi untuk dimuat turun terus ke konsol pengguna.

PlayStation Plus Video Pass akan menawarkan pelbagai filem-filem dan siri-siri TV tersendiri Sony, iaitu Sony Pictures Entertaiment. Menurut Nick, kandungan baru akan dimasukkan sekitar setiap tiga bulan. Dengan harga langganan PS Plus RM159 setahun di Malaysia, setiap bulan akan ada permainan video dan diskaun ditawarkan. Kelak turut akan ada filem dan siri TV pula. Menjadikan langganan PS Plus jauh lebih berbaloi.

Tiada informasi sama ada platform ini akan ditawarkan ke negara lain ataupun tidak. Kalau PS Plus Video Pass tiada di Malaysia, mungkin Sooka akan menjadi pilihan orang ramai? Berikut adalah senarai kandungan yang akan ditawarkan;

Filem

  • Bloodshot
  • Jumanji: The Next Level
  • Zombieland 2: Double Tap
  • Charlie’s Angels (2019)
  • Venom (2018)
  • The Equalizer 2
  • Baby Driver
  • Blade Runner 2049
  • Underworld: Blood Wars
  • Arrival
  • Sausage Party
  • Inferno (2016)
  • American Hustle
  • This is the End
  • Bad Boys (1995)

Siri TV

  • Future Man (seasons 1-3)
  • SuperMansion (seasons 1-3)
  • Community (seasons 1-6)
  • Deadly Class (seasons 1)
  • SWAT (seasons 1-2)
  • Lost Girl (seasons 1-5)

Sohor Kini