Sony adalah syarikat yang sedia terkenal dengan konsol permainan PlayStation, televisyen-televisyen Bravia, telefon pintar Xperia dan juga filem-filem dari Sony Pictures Entertainment (SPE). Walaupun Sony ada banyak produk dalam kategori media dan hiburan, mereka masih tidak mempunyai platform penstriman video tersendiri.

Terkini, bersama-sama dengan pelancaran televisyen pintar Sony Bravia XR – Sony turut melancarkan Bravia Core. Bravia Core adalah platform penstriman video tersendiri dari Sony dengan kerjsama SPE. Platform ini menawarkan filem-filem baru dan klasik dari SPE. Apa yang menjadikan platform ini menarik adalah, ia mempunyai sokongan IMAX Enhanced yang mana boleh menstrim filem dalam nisbah IMAX. Platform ini turut menyokong penstriman UHD BD yang mempunyai kualiti penstriman yang sama dengan 8Mbps3 melalui teknologi Pure Stream.

Platform ini turut mempunyai Studio Access, yang mana memperlihatkan kandungan di sebalik tabir, temu duga atau perkara-perkara yang tidak pernah didedahkan kepada umum. Resolusi penstriman ditawarkan adalah SD, HD, 4K, 4k HDR, 4K IMAX dan syarat untuk mengakses penstriman 30MB/s – 80MB/s pengguna perlu mempunyai kelajuan Internet 43MB/s – 115MB/s.

Bravia Core hanya boleh diakses oleh pengguna televisyen Bravia XR dan terhad di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja buat masa ini. Z9J, A90J, A80J, X95J, X92, X90J, A80CJ, X90CJ, X91CJ dan X80CJ adalah model yang menyokong aplikasi Bravia Core yang mana aplikasi ini disenaraikan di Play Store. Penstriman ini juga bukan dalam bentuk langganan tetapi lebih kepada belian/sewaan dengan kredit yang diverikan.

Filem-filem klasik Ghostbuster, filem-filem Spider-Man, Venom dan banyak lagi, iaitu 300 filem ditawarkan. Setiap filem boleh dituntut dengan kredit yang diperoleh dengan setiap pembelian Bravia XR. Kredit yang diperoleh mempunyai hayat selama 12 bulan dan selepas kredit digunakan satu filem akan bertahan sehingga tahun 2026 sebelum pengguna hilang akses. Setiap televisyen mempunyai jumlah kredit berbeza.

Bravia Core walaupun ada di Play Store, ia mungkin tidak akan ditawarkan kepada televisyen pintar lain. Ini kerana, platform ini memerlukan cip khas yang terbina dalam Bravia XR. Turut tidak pasti sama ada ia akan dilancarkan di global atau akan ditawarkan dalam bentuk penstriman.

Sohor Kini